Tuesday 1 November 2011

GAGAL HAYATI AGAMA PUNCA ZINA

REMAJA hamil, bersalin seorang diri dan membunuh anak kandungnya tidak begitu mengejutkan lagi. Tugas pihak berkuasa pula menahan ‘ibu’ itu dan memungut bahan bukti. Hasil siasatan pula selalunya memihak kepada apa yang disyaki. Malangnya, si ‘bapa’ selalunya terlepas daripada buruan hukuman dan umpat keji. Beberapa tahun dulu, situasi begini amat asing sekali di sini. Ia hanya menjadi berita dari luar negara, walaupun tetap mengundang marah dan belas, ia tidak seperti apabila jenayah ini dilakukan di negara ini.
Perbuatan ini boleh disamakan dengan pembunuhan, yang balasannya juga nyawa, mengikut hukum Tuhan. Firman Allah SWT dalam Surah Al-Isra ayat 33 tafsirnya bermaksud: “Dan janganlah kamu membunuh diri seseorang manusia yang diharamkan oleh Allah membunuhnya kecuali dengan alasan yang benar.” Namun hari ini, bayi yang masih bertali pusat dipungut bagai mengutip sampah-sarap di tepi jalan. Ada yang dihurung semut dan serangga, tidak kurang pula yang menjadi makanan binatang liar.
Dan janganlah kamu menghampiri zina, sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang jahat yang membawa kerosakan. – Surah Al-Isra Ayat 32 Bukanlah tidak tahu hikmah larangan zina, malah akibat buruknya juga terzahir di mana-mana saja. Pembunuhan bayi bertitik tolak daripada perlanggaran perintah Allah yang satu ini juga. Walaupun Islam telah menggariskan cara hidup yang sempurna dan merangkumi semua aspek kehidupan, ada segelintir yang mahu melanggarnya, maka timbullah pelbagai kejadian yang tidak diingini dan tidak dapat diterima oleh fitrah manusia. Anak lahir tanpa bapa, tiada bimbingan yang sempurna daripada seorang yang bergelar pemimpin keluarga, malah hal ehwal ekonomi juga menjadi halangan dalam tarbiyyah mereka.
Zina ialah perbuatan keji yang boleh mengaibkan pemilik maruah diri, keluarga dan agama. Zina juga membawa kerosakan ke atas muka bumi dan ia boleh dilihat dalam perkembangan sosial hari ini, hubungan sulit berlainan jantina tidak lagi menjadi asing dalam budaya hidup moden, menyebabkan janin digugurkan dan anak yang tidak syarie lahir tetapi keliru keturunan.
Berzina sehingga melahirkan anak tidak syarie juga meninggalkan implikasi lain yang bersifat jangka panjang ke atas anak itu seperti rosaknya nasab. Allah SWT berfirman dalam Surah Al-Isra ayat 32 tafsirnya bermaksud: “Dan janganlah kamu menghampiri zina, sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang jahat yang membawa kerosakan.”Buruknya akibat zina dapat dinilai melalui amaran Allah SWT dalam ayat itu supaya hamba-Nya tidak menghampiri sebarang perbuatan yang mendorong kepada perbuatan zina.
Kebanyakan pengamal zina hari ini tahu dan faham akan larangan itu tetapi tidak berusaha menjauhinya di samping ruang sosial yang terbuka luas menyebabkan perbuatan terlarang ini tidak berusaha dielakkan. Tipisnya ilmu dan iman juga menyebabkan pengamalnya tidak berfikir dua kali, malah bisa dosa juga menjadi alah dengan kebiasaan.
Di negara yang taraf pendidikan rakyatnya tinggi, kedangkalan ilmu tidak menjadi sebab perbuatan jahiliah ini semakin berleluasa. Apatah lagi ilmu agama hari ini mudah diperoleh dan disampaikan kepada setiap golongan masyarakat, secara langsung atau tidak langsung. Mungkin juga tarbiah hati yang kurang mencukupi menyebabkan nafsu tidak terhalang dari terus membuat kerosakan di bumi dan akal pula tidak boleh menjadi pedoman meskipun mampu berfikir.
Walau apa pun alasannya, mencari ruang kesalahan tidak cukup untuk membetulkan keadaan, sebaliknya setiap ahli masyarakat perlu memainkan peranan yang sepatutnya untuk tidak membenarkan perbuatan zina berlaku di mana-mana, baik di rumah sendiri, di bilik hotel, di asrama, di dalam semak atau di rumah tumpangan. Mengharapkan sehingga setiap individu mempunyai kesedaran tentulah tidak merancakkan langkah pencegahan, walaupun itulah yang terbaik untuk mengatasinya. Sekurang-kurangnya, jika zina boleh dianggap sebagai najis, jijik dan hina, tentulah manusia yang normal tidak akan menghampirinya, apatah lagi melakukannya kerana fitrah manusia tidak sukakan kotoran dan najis.
Firman Allah SWT dalam Surah Ali ‘Imran ayat 104 bermaksud: “Dan hendaklah ada di antara kamu puak yang menyeru berdakwah kepada kebajikan mengembangkan Islam dan menyuruh berbuat segala perkara yang baik serta melarang daripada segala yang salah, buruk dan keji, dan mereka yang bersifat demikian ialah orang yang berjaya.” Sama ada lahir sebagai Muslim atau nekad menjadi Muslim, individu Islam tidak boleh menolak daripada berpegang teguh kepada ajaran al-Quran dan sunnah. Dengan berwiridkan kepada ajaran inilah setiap manusia tidak akan terpesong daripada kebenaran atau sesat akidahnya, sama ada melalui perkataan atau perbuatan.
Tanpa menolak bahawa perbuatan jijik ini adalah kerana perempuan hari ini terlalu bebas dalam pergaulan, yang paling penting ialah mentarbiah golongan lelaki agar memanfaatkan keperkasaan mental dan fizikal untuk melindungi perempuan daripada dizalimi sehingga mengakibatkan bertebarannya anak tanpa bapa, bukan menjadikan perempuan sebagai mangsa nafsu buas yang harus dilampias. Justeru, untuk membina masyarakat yang kalis zina, binalah peribadi lelaki agar mereka menjadi mulia dan terpelihara.

 

Tuesday 18 October 2011

ADA HIKMAHNYA

Alhamdulillah................

Berkesempatan juga meluah perasaan di sini..mencuri sedikit ruang study..xmau r tgk blog nie berabut.....rasanya begitu lama tidak berblogger....

Disebabkan pelbagai agenda Allah swt untuk ku, dengan menghadiri pelbagai program..Antaranya Program untuk subjek Amali dakwah di kampung orang Asli,Kuala Krau.Di program ini mendapat pengalaman yang baru..ia amat menyeronokkan..

Selepas itu,Seminar Pemikiran Islam,Jamuan Perpisah dan sebagainya.....

Di samping itu, aku telah mendapat amanah baru..walaupun pun ia berat tapi ia juga mesti di dokong juga.Dalam bab amanah,nak di kirakan sejak kejadian roh lagi kita sudah mendapat amanah itu untuk menjadi seorang hamba kepada Allah swt..

Sekarang kena tumpukan kepada final exam..matlamat aku datang utk belajar dan berorganisasi ini kerja sampingan...


sekarang nak sambung study.....................sambung kemudian............

Wednesday 5 October 2011

DAPAT MUSIBAH , KITA PERLU TABAH DAN BERLAPANG DADA , IA SATU NIKMAT

SEJAK akhir-akhir ini kita mendengar pelbagai keluhan serta rungutan terutama dari golongan remaja mengenai masalah yang dihadapi sehingga mereka tidak dapat meneruskan kehidupan sebagai manusia normal.
Malah, ada kala terlintas di sudut hati untuk menghabiskan riwayat mereka bagi menyelesaikan semua masalah yang membelenggu kehidupan.
Tidak kurang pula yang mempersoalkan keadilan Allah SWT terhadap hamba-Nya dan berasakan bahawa dialah orang paling disisihkan Allah SWT sehingga menghilangkan rasa yakin dalam dirinya dengan segala ketentuan Ilahi.
Setiap ciptaan dari makhluk mempunyai kedudukan yang tersendiri di sisi Allah SWT. – Surah As-Saffat, Ayat 164
Sifat ini dirakamkan Allah SWT dalam firman yang bermaksud: “Dan sememangnya manusia adalah sejenis makhluk yang banyak protes dan bantahan mereka.” (Surah Al-Kahfi, ayat 54)
Sebagai mukmin sebenar, mereka mestilah yakin setiap kurniaan Allah SWT sama ada nikmat atau ujian adalah satu kebaikan buat seseorang individu. Setiap insan mempunyai keperluan tersendiri yang hanya diketahui oleh Allah SWT demi kebaikan mereka.
Firman Allah SWT yang bermaksud: “Setiap ciptaan dari makhluk mempunyai kedudukan yang tersendiri di sisi Allah SWT.” (Surah As-Saffat, ayat 164)
Hadis dari Jabir Bin Abdillah menyebut: “Tidak wajar bagi seseorang itu meninggal melainkan dia sentiasa bersangka baik dengan Allah SWT.” (Hadis riwayat Muslim). Baginda juga menyebut yang bermaksud: “Allah SWT sentiasa memerhatikan prasangka seorang hamba terhadap segala kurniaan-Nya.” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)
Penjelasan daripada Allah SWT sudah cukup untuk kita fahami segala ketentuan Allah SWT dan betapa bahaya mereka yang bersangka buruk terhadap-Nya.
Firman Allah SWT yang bermaksud: “Setelah kamu ditimpa kesedihan, dia (Allah) menurunkan rasa aman dan tenang kepadamu. Ada golongan yang telah mencemaskan diri mereka sendiri kerana prasangka buruk terhadap Allah SWT seperti sangkaan orang jahiliah dulu di mana mereka berkata: Adakah ada sesuatu di sebalik urusan ini. Apa maknanya semua ini? Katakanlah (Wahai Muhammad): Sesungguhnya segala urusan itu di tangan Allah SWT.” (Surah Al-Imran, ayat 154)
Peristiwa perang Uhud juga menceritakan perihal mereka yang binasa akibat prasangka dengan Allah SWT. Firman Allah SWT yang bermaksud: “Kamu (orang Musyrikin) menyangka bahawa Rasul dan orang mukmin sekali-kali tidak akan kembali ke pangkuan keluarga mereka buat selamanya sedangkan keindahan dan ketenangan itu berada di hatimu dan kamu berprasangka buruk. Sebab itulah kamu mendapat kebinasaan.” (Surah Fath, ayat 12)
Segala yang diberikan semuanya tertulis dan menunggu bagaimana tindakan kita terhadap apa diputuskan Allah SWT.
Ada kala musibah yang datang menimpa adalah daripada kesilapan tindakan kita sendiri dan hendaklah diterima sesuatu kenyataan itu dengan dada terbuka.
Justeru, hendaklah menerima apa yang dikurniakan Allah SWT sama ada nikmat atau sebaliknya dengan berlapang dada serta berdoa supaya diberi kekuatan menghadapinya. Mereka yang dikasihi Allah akan ditimpa ujian dan musibah untuk menambahkan ganjaran pahala buat mereka.

Sunday 2 October 2011

SEMINAR MEMPERKASAKAN SENI DAN BUDAYA





KEPALA JIN..HEHEHHEHEH


RAIMI SAIFULLAH NUR SALAM

ABDUL GHAZI JAAFAR


MOHAMAD AMALI


AMALI AND ARIF



MATRIKULASI STUDENTS



MY GROUP (GAMELAN)







KIPSAS STUDENTS



OLIVIA







30 SEPTEMBER 2011 - 2 OKTOBER 2011

JAMUAN RAYA PEDAP

Aku and Dasuki


















END





Saturday 24 September 2011

NASIHAT BUAT KU

Nasihat Imam al-Ghazali

  • Ketahuilah bahawa Allah selalu mengawasi segala gerak-geri dan tingkah laku mu.Kerana itu, kerjalah yang baik-baik. 
  • Tumpukanlah segala perhatianmu untuk bermunajat kepada-Nya.
  • Tunduklah kepala dan pandangan matamu.
  • Diamlah, jangan berbicara tentang sesuatu yang tiada faedah bagi agama.
  • Cepat-cepatlah memenuhi panggilan agama.
  • Jauhilah larangan-larangan Agama.
  • Janganlah menentang terhadap takdir Allah SWT.
  • Sentiasalah ingat dan zikit kepada-Nya.
  • Berfikirlah selalu tentang nikmat-nikmat dan keagungan-Nya.
  • Menangkanlah yang hak dan gugurkanlah yang batil.
  • Janganlah menggantungkan harapan kepada selain Allah swt.
  • Rendahkanlah hati kepada Allah swt.
  • Sesalilah segala perbuatanmu yang tercela dan merasa malu di hadapan Allah swt.
  • Dengarkan dan perhatikanlah segala apa yang dikatakan oleh ibubapamu, selama masih dalam batas-batas agama.
  • Bila mencari teman untuk kebahagian akhirat, perhatikanlah benar-benar urusan agamanya.Dan bila mencari teman untuk memperolehi keperluan duniawi, maka perhatikanlah ia tentang kebaikan budi pekertinya.
  • Doakanlah temanmu,baik selagi hidup mahupun sesudah ia meninggal dunia.


Perkara-perkara yang menguatkan badan

  • Memakan daging
  • Mencium bau-bauan
  • Memperbanyak mandi, bukan mandi wajib

Perkara-perkara yang dapat menambah kecerdasan

  • Meninggalkan perkataan yang tidak perlu
  • Bersuci
  • Bergaul dengan orang-orang yang soleh
  • Bergaul dengan para ulama

SAKITNYA HATI INI

Assalamualaikaum...................

Dalam kehidupan seharian ku.Aku berjumpe dengan pelbagai kawan-kawan,masyarakat dan sebagainya..Adakalanya hati ini sangat terguris,terluka dengan orang di sekeliling..Tambahan pula orang yang kita sudah kenal.

Ada juga aku sering hendak salahkan orang lain.biasalah hati kotor..!!Sebenarnya kesilapan itu datang dari lemahan aku dalam mengawal nafsu.Lalu dikala hati yang kotor ini tidak di rawat dengan betul-betul akan membuat ia menjadi kotor dan sampai tahap berkarat..

Sabda Rasulullah saw yang bermaksud :

"Bahawa hati itu berkarat seperti karatnya besi,lalu orang bertanya, "Wahai Rasulullah bagaimana hendak membersihkannya.?"Rasulullah menjawab."...membaca al-Quran dan mengingati mati.."

Hati adalah raja dalam diri manusia.Hati ialah tempat letaknya keyakinan seorang hamba terhadap tuhan-Nya.Hati juga sasaran syaitan untuk menyesatkan manusia.Hati yang baik sentiasa mencetuskan kedamaian dan ketenangan dalam diri,keluarga dan masyarakat.

Oleh itu bagaimana untuk memiliki hati seperti ini? Tentulah al-Quran dan al-Hadis sudah ada kaedahnya untuk mewujudkan hati-hati manusia yang mendorong kita menenangkan kehidupan dan terhindar dari segala kekalutan. Hati tidak teringin kepada maksiat dan dosa. Hati yang tunduk dan patuh kepada Allah swt.

Perjalanan orang-orang soleh zaman dahulu berusaha bermujahadah ke atas hatinya menempuh pelbagai kesusahan dan penderitaan.Namum kewajipan untuk memiliki hati yang murni dan luhur itu dilakukan dengan 'Istiqomah".Akhirnya mereka ditempatkan bersama para Kekasih-Nya.

Jadi.marilah kita sama-sama menjaga hati kita dan terutamanya aku..Usaha itu mesti dilakukan..secara berterus-menerus..Juhud..Juhud..!!
ingatlah pesan Rasulullah saw di bawah ini.....





Sabda Rasulullah saw yang bermaksud :

"Di dalam diri manusia ada seketul daging, manakala daging itu baik, maka baiklah seluruh anggota lahir manusia. Jika seketul daging itu rosak, maka rosaklah seluruh anggota lahir manusia itu rosak. Itulah dia HATI.."