Saturday 24 September 2011

NASIHAT BUAT KU

Nasihat Imam al-Ghazali

  • Ketahuilah bahawa Allah selalu mengawasi segala gerak-geri dan tingkah laku mu.Kerana itu, kerjalah yang baik-baik. 
  • Tumpukanlah segala perhatianmu untuk bermunajat kepada-Nya.
  • Tunduklah kepala dan pandangan matamu.
  • Diamlah, jangan berbicara tentang sesuatu yang tiada faedah bagi agama.
  • Cepat-cepatlah memenuhi panggilan agama.
  • Jauhilah larangan-larangan Agama.
  • Janganlah menentang terhadap takdir Allah SWT.
  • Sentiasalah ingat dan zikit kepada-Nya.
  • Berfikirlah selalu tentang nikmat-nikmat dan keagungan-Nya.
  • Menangkanlah yang hak dan gugurkanlah yang batil.
  • Janganlah menggantungkan harapan kepada selain Allah swt.
  • Rendahkanlah hati kepada Allah swt.
  • Sesalilah segala perbuatanmu yang tercela dan merasa malu di hadapan Allah swt.
  • Dengarkan dan perhatikanlah segala apa yang dikatakan oleh ibubapamu, selama masih dalam batas-batas agama.
  • Bila mencari teman untuk kebahagian akhirat, perhatikanlah benar-benar urusan agamanya.Dan bila mencari teman untuk memperolehi keperluan duniawi, maka perhatikanlah ia tentang kebaikan budi pekertinya.
  • Doakanlah temanmu,baik selagi hidup mahupun sesudah ia meninggal dunia.


Perkara-perkara yang menguatkan badan

  • Memakan daging
  • Mencium bau-bauan
  • Memperbanyak mandi, bukan mandi wajib

Perkara-perkara yang dapat menambah kecerdasan

  • Meninggalkan perkataan yang tidak perlu
  • Bersuci
  • Bergaul dengan orang-orang yang soleh
  • Bergaul dengan para ulama

SAKITNYA HATI INI

Assalamualaikaum...................

Dalam kehidupan seharian ku.Aku berjumpe dengan pelbagai kawan-kawan,masyarakat dan sebagainya..Adakalanya hati ini sangat terguris,terluka dengan orang di sekeliling..Tambahan pula orang yang kita sudah kenal.

Ada juga aku sering hendak salahkan orang lain.biasalah hati kotor..!!Sebenarnya kesilapan itu datang dari lemahan aku dalam mengawal nafsu.Lalu dikala hati yang kotor ini tidak di rawat dengan betul-betul akan membuat ia menjadi kotor dan sampai tahap berkarat..

Sabda Rasulullah saw yang bermaksud :

"Bahawa hati itu berkarat seperti karatnya besi,lalu orang bertanya, "Wahai Rasulullah bagaimana hendak membersihkannya.?"Rasulullah menjawab."...membaca al-Quran dan mengingati mati.."

Hati adalah raja dalam diri manusia.Hati ialah tempat letaknya keyakinan seorang hamba terhadap tuhan-Nya.Hati juga sasaran syaitan untuk menyesatkan manusia.Hati yang baik sentiasa mencetuskan kedamaian dan ketenangan dalam diri,keluarga dan masyarakat.

Oleh itu bagaimana untuk memiliki hati seperti ini? Tentulah al-Quran dan al-Hadis sudah ada kaedahnya untuk mewujudkan hati-hati manusia yang mendorong kita menenangkan kehidupan dan terhindar dari segala kekalutan. Hati tidak teringin kepada maksiat dan dosa. Hati yang tunduk dan patuh kepada Allah swt.

Perjalanan orang-orang soleh zaman dahulu berusaha bermujahadah ke atas hatinya menempuh pelbagai kesusahan dan penderitaan.Namum kewajipan untuk memiliki hati yang murni dan luhur itu dilakukan dengan 'Istiqomah".Akhirnya mereka ditempatkan bersama para Kekasih-Nya.

Jadi.marilah kita sama-sama menjaga hati kita dan terutamanya aku..Usaha itu mesti dilakukan..secara berterus-menerus..Juhud..Juhud..!!
ingatlah pesan Rasulullah saw di bawah ini.....





Sabda Rasulullah saw yang bermaksud :

"Di dalam diri manusia ada seketul daging, manakala daging itu baik, maka baiklah seluruh anggota lahir manusia. Jika seketul daging itu rosak, maka rosaklah seluruh anggota lahir manusia itu rosak. Itulah dia HATI.."

Friday 23 September 2011

SAYANGNYA DIA PADA ADIK-ADIK

Wanita Purdah Perancis Mahu Jadi Presiden

Bagi aku sangat terpegun dengan keberanian wanita purdah ini untuk mendapatkan Hak Berpurdah di Perancis..

Menurut Berita Harian /Jumaat 23 September 2011 m/s : 50.

..................................................................Gambar Hiasan......................................................................

                                           
Seorang wanita Perancis yang memakai niqab walaupun berdepan dengan pengharaman oleh kerajaan, dan beliau menyatakan kesediaan untuk bertanding menjadi Presiden pada pilihan raya tahun depan.

Cekalnya dan berani wanita ini,beliau juga sanggup bertanding untuk mendapatkan Hak berpurdah bagi semua Wanita di Perancis.

Sebagai seorang manusia dan kita juga di lahirkan di dalam Islam,haruslah kita mengambil berat tentang orang lain tambahan pula orang yang terdekat dengan kita.Sebagai Contoh kita sebagai pelajar yang bernaung satu Kolej dan satu bumbung mestilah mengambil tahu hal orang lain.Di sini bukan lah aku ingin mengaitkan dengan "Busy Body" tapi sebagai wadah nasihat dan menasihati orang lain.

Tidak lah seorang itu baru hendak sempurna dan menjadi taraf Nabi baru boleh menasihati orang lain.Di dalam suasana belajar di Kolej adanya senior dan Junior.malahan di tempat Ku..senior memang mengambil berat tentang adik-adik junior.(bukan tujuan nk puji sesiapa) tpi kami berpegang sesama muslim adalah saudara.

Aku mengambil contoh dari berita Wanita Purdah ini sebagai jalan untuk mencontohi beliau dalam mempertahankan Islam dan menyebarkan Islam itu.Dan tujuan juga untuk rakan-rakan muslimah seperjuangan,janganlah lemah dan teruskan Usaha Kalian..Allah swt Sentiasa bersama dengan kita..


SMS yang dikirim kepada Ku daripada My BOS(Nurul Islam Sensai/kak Ika)

"Ingatlah Allah diwaktu Senang,nescaya Allah akam mengingati diri kita di waktu kita kesusahan.."


[Kata-kata Dari Imam Kita yang Mulia Imam Syafie]

"Perjuangan itu ibaratkan ranjau bertatah duri-duri yang mencengkam leluhur daging.Ditaril ia sakit, ditolak ia menjadi nanah.Tapi bagi seorang perjuang.Kesakitan itu ibarat tiupan angin yang lembut dari Syurga & tegukan air sebagai penyejuk tekak di padang pasir.."

"Tinggalkanlah rasa duka semampumu kerana memikul beban duka boleh membuatmu gila.Kelmarin Tuhan telah menolongmu.Percayalah esok pun Dia(Allah) pun masih akan tetap menolongmu.."

Thursday 22 September 2011

HAKIKAT ILMU DAN KELEBIHAN II

Doa Rasulullah saw yang bermaksud :

"Wahai Tuhanku,tambahilah aku ilmu"

Wahai Para pelajar sekalian marilah kita sentiasa berdoa kepada Allah swt agar sentiasa di tambahlan ilmu di dalam dada kita semua.Marilah kita merenung doa Nabi saw kita,padahal pada Baginda saw mempunyai pelbagai ilmu,kalau hendak di nisbahkan ilmu baginda dengan kita "Ibaratkan seperti setitis air laut sahaja"


Menurut Al Alamah As-Syekh Azzarnuji r.a di dalam kitabnya yang telah diterjemahkan iaitu Pelita Penuntut..
Belajarlah dan tuntutlah ilmu feqah kerana ilmu feqah adalah sebaik-baik ilmu yang mampu memimpin dan menarik kita ke arah segala kebaikan dan ia menimbulkan perasaan rasa takut kepada Allah swt.

Ilmu feqah juga boleh diumpamakan sebuah kota yang mampu menahan dan melepaskan orang yang sedang menuntut dan mempelajarinya daripada segala kesusahan dan bala yang termasuk dalam jumlah orang yang jahil tentang suruhan Allah swt dan Larangan-NYA.Ini kerana kalau kita jahil atau tidak tahu mengenai suruhan dan Larangan Allah swt itu adalah kesusahan dan bala yang paling besar sekali boleh kita umpamakan perkara jahil itu tidak dapat di sembunyikan lagi.


Segala ilmu yang kita pelajari tetapi kita tidak mengamalkannya adalah perbuatan sia-sia.

Allah SWT telah berfirman yang maksudnya :

"Sungguh besar kemurkaan Allah kepada mereka yang menyatakan (ilmu) tapi tidak mengamalkan"
(as-saff : 3)

Kemegahan dan kelebihan ilmu sangat banyak antaranya

Abiil Darda' r.a daripada sabda Rasulullah saw yang bermaksud :

"Sesiapa yang berjalan pada suatu jalan menuntut ilmu,nescaya Allah memperjalankanya pada satu jalan daripada jalan-jalan syurga.Dan sesungguhnya malaikat meletakkan sayap-sayapnya bagi orang yang menuntut ilmu.Dan bahawasanya orang yang berilmu itu meminta ampun baginya oleh mereka yang di dalam tujuh petala langit dan bumi dan ikan di dalam rongga perut air.Dan bahawasanya kelebihan orang yang berilmu atas oarang jahil itu seperti bulan purnama yang penuh di malam hari atas sekalian bintang.Dan sesungguhnya para ulama' itu mewarisi para Nabi,kerana sesungguhnya para Nabi itu tidak mempusakai dinar dan juga dirham dan hanya sesungguhnya mereka mempusakai ilmu.Maka sesiapa yang mengambilnya,maka hanya sesungguhnya dia mengambil habuan yang banyak."




                                                     "Ilmu itu Perhiasan Hidup Kita"


..........................................................................WaAllahu a'lam..................................................................

Gejala Bid’ah-Membid’ahkan dalam Perkara Khilafiyah


Fenomena terburu-buru dalam sesuatu sememangnya merupakan salah satu sifat yang amat dicela dalam Islam, kecuali dalam beberapa perkara yang disarankan oleh Rasulullah s.a.w. dalam hadis-hadis Baginda s.a.w.. Hakikatnya, selain dari perkara-perkara tersebut, terburu-buru dalam urusan merupakan suatu bentuk tipu daya syaitan terhadap manusia.

            Fokus utama di sini ialah mengenai gejala sebahagian penuntut ilmu dewasa ini, yang masih lagi dalam proses pembelajaran dalam bidang ilmu agama Islam, namun sudah pandai mengkritik, menyalahkan dan berdebat dalam perkara-perkara yang diperselisihkan ulama’ mengenainya. Barangkali, mereka merasakan, setelah membaca beberapa buku sebahagian para ulama’ yang mengkritik dan membuat ulasan ilmiah terhadap sesuatu perkara ilmiah tersebut, mereka sudah rasa cukup untuk terlibat sama dalam menyuarakan pandangan mereka, sekaligus meletakkan diri mereka setaraf dengan para ulama’.

            Golongan penuntut ilmu yang bersikap sedemikian sememangnya tidak dapat menjadi seorang ulama’ masa hadapan yang berkualiti. Ini kerana, mereka tergesa-gesa dalam melibatkan diri terutamanya dalam mempersalahkan sesetengah golongan yang mengamalkan sesuatu perkara yang diperselisihkan ulama’ mengenainya.

            Gejala membid’ahkan amalan baca yasiin malam Jumaat, membid’ahkan amalan menghidupkan malam Nisfu Sya’ban, membid’ahkan golongan yang berzikir secara kuat dalam keadaan berjamaah, dan sebagainya, merupakan antara ciri-ciri utama golongan penuntut ilmu yang dangkal asasnya dalam bidang ilmu agama itu sendiri.

            Mereka berlagak bagai ulama’ dengan tanjak “nas-nas” yang mereka sangka, sudah cukup untuk menuduh sesuatu golongan yang lain itu salah atau sebagai pelaku bid’ah.

            Hasilnya, ramai di kalangan golongan penuntut ilmu ini lantang membid’ahkan perkara-perkara tersebut, dengan alasan, tidak menjumpai dalil atau sandarannya dalam Islam. Kalaulah Al-Qur’an dalam kepala, Kutub Sittah (buku hadis yang enam) pernah dikhatamnya, dan buku-buku fiqh Islam yang utama sudah selesai dipelajarinya, tidak mengapalah kalau berani menyatakan sesuatu itu bid’ah kerana tidak menjumpai dalilnya dari nas-nas Islam.

            Ini tidak. Baru setakat pernah baca buku Sifat Solat An-Nabi karangan Sheikh Al-Albani (itu pun baca terjemahan buku tersebut) dan sebagainya, sudah berani menuduh sesuatu amalan itu bid’ah. Memanglah, tidak dapat dinafikan, ada yang membaca jenis buku-buku yang “suka bid’ah membid’ahkan” ini, lalu terpengaruh dengan uslub dan pemikiran penulis buku tersebut lantas terlibat sama dalam membid’ahkan sesama Islam.

            Kami tidak layak untuk membincangkan tentang ulama’ yang melibatkan diri mereka dalam kencah “bid’ah membid’ahkan amalan khilafiyah” tersebut, kerana para ulama’ yang lebih muktabar sudahpun menjawab pertuduhan-pertuduhan mereka. Skop perbincangan di sini tidak lebih dari mengajak diri sendiri dan saudara seperjuangan yang masih lagi dalam peringkat “penuntut ilmu”, supaya tidak terfitnah dan terkeliru dengan “gejala bid’ah-membid’ahkan” ini, kerana sekurang-kurangnya, untuk menyatakan sesuatu itu bid’ah, mestilah pernah khatam Al-Qur’an, Sahih Al-Bukhari, Sahih Muslim dan kitab-kitab sunan yang lain, untuk membuat kesimpulan bahawa sesuatu itu merupakan perkara yang bid’ah.

Bahaya Membid’ahkan Sesuatu Tanpa Asas Ilmu yang Kuat

            Dewasa ini, ramai dari kalangan golongan penuntut ilmu yang ghairah membid’ahkan sesuatu amalan khilafiyah kerana terpengaruh dengan karangan-karangan beberapa kerat ahli agama yang menimbulkan perkara-perkara tersebut. Namun, tanpa mencermin diri mereka sendiri, mereka turut berlagak seperti ahli-ahli agama tersebut dengan turut membid’ahkan sesuatu amalan khilafiyah tersebut.

            Padahal, para penuntut ilmu terbabit tidaklah mempunyai latar belakang ilmu seperti golongan ulama’ yang membincangkan mengenainya.

            Contohnya, Sheikh Al-Albani yang terjerumus dalam lembah “bid’ah-membid’ahkan sesuatu amalan khilafiyah” dan berpendapat bahawa, hanya pendapatnya sahajalah yang benar dalam setiap masalah yang diutarakannya (rujuk buku Sifat Solat An-Nabi s.a.w.), sekurang-kurangnya mempunyai sedikit latar belakang ilmu dalam bidang hadis, walaupun ramai ulama’ mempertikaikan beliau kerana tidak mempunyai latar belakang ilmu usul fiqh yang mantap. Sekurang-kurangnya, beliau sudah pernah mengkhatamkan buku-buku hadis.

            Kalau kita renung balik diri masing-masing sebagai ahli penuntut ilmu, kita masih belum pernah lagi mengkhatamkan buku hadis Sahih Al-Bukhari pun, namun sudah bersuara seperti suara-suara ulama’ yang terlibat dalam gejala bid’ah-membid’ahkan tersebut.

            Oleh yang demikian, penuntut ilmu tidak selayaknya menjerumuskan diri dalam pertellingkahan para ulama’, apatah lagi menjadi pihak yang menyalahkan golongan yang mengamalkan sesuatu amalan khilafiyah tersebut.

            Ingatlah, ramai dari kalangan golongan tersebut (penuntut ilmu yang terlibat dalam bidang bid’ah-membid’ahkan sesuatu amalan khilafiyah), berpegang kepada konsep: “tiada bid’ah hasanah”. Oleh yang demikian, dalam pandangan mereka, apabila mereka membid’ahkan sesuatu amalan dan pengamal amalan tersebut, secara tidak langsung, mereka telahpun menuduh pengamal-pengamal amalan tersebut sebagai golongan yang sesat.

            Hal ini secara tidak langsung menunjukkan, golongan penuntut ilmu tersebut sudah sampai berani menuduh sesama Islam sebagai golongan sesat kerana menuduh amalan yang meraka lakukan sebagai Bid’ah Dholalah (kerana tiada bid’ah hasanah di sisi mereka).

            Ingatlah, Rasulullah s.a.w. sering mengingatkan bahawa, jika seorang muslim menuduh muslim yang lain sebagai kafir, maka salah seorang darinya akan jatuh kafir. Hal ini menunjukkan, kalaulah orang yang dituduh sesat tersebut, tidak sesat di sisi Allah s.w.t., maka hukum sesat tersebut akan menimpa kembali ke atas orang yang menuduh tersebut.

            Jangan ingat, memperkatakan sesuatu itu bid’ah, merupakan suatu perkara yang remeh. Kalau bid’ah dari sudut syarak itu sendiri, menurut majoriti ahli usul fiqh, merupakan suatu perkara yang boleh mendatangkan kesesatan, dan pengamalnya akan dijatuhkan hukuman yang berat dalam Islam.

            Kalaulah kita masih lagi tidak mampu menilai, yang mana dinamakan bid’ah dari sudut bahasa, dan yang mana dinamakan bid’ah dari sudut istilah syarak, maka lebih baik kita menjauhkan diri kita dari menuduh sesuatu itu bid’ah apatah lagi menuduh pelakunya sebagai pengamal bid’ah.

Perkara-perkara Khilafiyah Bukan Bererti Bid’ah

            Khilafiyah (perselisihan) pendapat dalam institusi fiqh Islam memang merupakan suatu yang realistik. Ianya wujud sejak dari zaman Rasulullah s.a.w. lagi, seperti yang dinukilkan dalam hadis: “Solat Asar di Bani Quraizhah”.

            Oleh yang demikian, perkara-perkara khilafiyah tidak pernah dijadikan isu untuk membid’ahkan sesuatu golongan, walaupun ianya telahpun muncul sejak bermulanya penyebaran agama Islam ke serata dunia di zaman para sahabat itu sendiri.

            Kalau kita lihat secara jelas, apabila timbul perbezaan pendapat antara ulama’-ulama’ mazhab tertentu, maka tidak timbul pula golongan ulama’ yang menuduh golongan ulama’ yang lain sebagai pembuat bid’ah kerana perbezaan pendapat tersebut.

            Contohnya, mazhab As-Syafi’e yang menjelaskan bahawa, sentuh lingkaran dubur membatalkan wuduk, berdasarkan kaedah qiyas terhadap hukum batal wuduk apabila seseorang menyentuh kemaluan. (Al-Mughni Al-Muhtaj: 1/36)

            Para ulama’ mazhab lain tidak pernah menuduh ijtihad ulama’ mazhab As-Syafi’e tersebut sebagai bid’ah, walaupun sememangnya tiada nas yang dapat disandarkan tentang hukum batal wuduk apabila menyentuh lingkaran dubur tersebut.

            Begitu juga pendapat mazhab Imam Hanafi yang membolehkan seseorang membayar zakat fitrah dengan selain dari beras dan gandum (seperti dibayar dengan duit), sedangkan ianya tidak terdapat dalam mana-mana nas Sahih. Namun, tidak ada pun ulama’-ulama’ muktabar mazhab yang lain menuduh ijtihad Imam Abu Hanifah tersebut sebagai sesuatu yang bid’ah, bahkan di Malaysia umumnya, ijtihad beliaulah yang diamalkan dalam amalan membayar zakat fitrah.

            Jadi, perkara-perkara khilafiyah sememangnya tidak boleh dijadikan pintu untuk menuduh seseorang itu pelaku bid’ah, kerana perselisihan pendapat dalam memahami nas, tidak sama seperti melakukan sesuatu bid’ah yang sememangnya tidak ada sandaran langsung dari kaedah-kaedah penggalian hukum dalam Islam.

            Kalaulah kita tidak pandai membezakan yang mana satu dikatakan bid’ah dholalah, dengan yang mana satu dinamakan masa’il khilafiyah, janganlah pandai-pandai membid’ahkan sesuatu perkara tersebut.

            Kayu pengukur dalam mengukur sesuatu itu, samada ianya merupakan khilafiyah atau bid’ah adalah, nas-nas Al-Qur’an dan As-Sunnah, serta sumber-sumber dan kaedah-kaedah penggalian hukum Islam yang lain seperti Ijmak, Qiyas dan sebagainya.

            Kalaulah sesuatu perkara itu tidak bercanggah dengan nas-nas Al-Qur’an dan As-Sunnah, serta bersesuaian dengan kaedah-kaedah menggali hukum dalam Islam yang lain, maka ianya tidak dinamakan bid’ah, walaupun kadang-kala merupakan suatu perkara yang khilafiyah.

            Adapun sesuatu perkara yang bercanggah dengan nas-nas dari Al-Qur’an dan As-Sunnah dan kaedah-kaedah menggali hukum Islam yang lain, maka barulah ianya dinamakan bid’ah.

            Inilah yang gagal difahami oleh kebanyakkan ahli penuntut ilmu yang terjebak dalam kencah “bid’ah-membid’ahkan” ini. Mereka gagal memahami perbezaan antara perkara-perkara khilafiyah dengan perkara-perkara bid’ah dholalah.

            Contoh perkara-perkara yang yang tidak dinamakan bid’ah, walaupun ada perselisihan pendapat ulama’ mengenainya, ialah masalah tawassul dengan orang mati. Perkara tersebut sudah jelas di dalam hadis-hadis Sahih terutamanya dalam meriwayatkan kisah tentang Uthman bin Hanif yang mengajarkan mengenai tawassul kepada Rasulullah s.a.w. setelah kewafatan Baginda s.a.w. dan pelbagai hadis-hadis yang lain.

            Hal tersebut juga tidak bercanggah dengan kaedah-kaedah menggali hukum Islam seperti qiyas, dan sebagainya, kerana tiada bezanya bertawassul kepada yang hidup ataupun kepada yang mati, kalaulah sekiranya yang kita berdoa kepadanya itu tetaplah Allah s.w.t. semata-mata, bukan berdoa meminta daripada orang yang ditawassulkan denganya tersebut.

            Jadi, berdasarkan contoh tersebut, dapatlah difahami bahawa, masalah tawassul dengan menggunakan kedudukan orang mati di sisi Allah s.w.t., bukanlah suatu perkara bid’ah, walaupun ada khilaf (perbezaan pendapat) mengenainya (walaupun sebelum kewujudan Sheikh Ibn Taimiyah, perselisihan mengenai perkara tersebut tidak wujud menurut kebanyakkan para ulama’).

            Adapun contoh perkara bid’ah ialah seperti: menambah jumlah rakaat solat fardhu, mengerjakan ibadah haji bukan di Tanah Haram Mekkah dan sebagainya.

            Hal ini jelas bercanggah dengan nas-nas Al-Qur’an dan As-Sunnah, kerana bilangan rakaat dalam solat fardhu sememangnya merupakan suatu yang qat’ie dari pelbagai hadis-hadis yang sahih. Begitu juga dengan ibadah haji, yang mana tempatnya sudahpun diputuskan secara jelas dalam Islam, bahawa ianya perlu dikerjakan di tanah suci Mekkah.

            Hal ini juga bercanggah dengan kaedah-kaedah penggalian hukum kerana dalam perkara-perkara yang jelas hukumnya secara qat’ie (dari sudut dalalah mahupun thubut), maka tidak boleh lagi seseorang untuk berijtihad, apatah lagi mengeluarkan sesuatu bentuk baru bagi perkara tersebut, samada adalam bentuk penambahan, pengurangan, bertukar tempat dan sebagainya.

            Inilah antara perkara yang gagal difahami oleh kebanyakkan orang-orang awam dan para penuntut ilmu yang terjerumus ke dalam lembah “bid’ah-membid’ahkan” ini.

Bentuk-bentuk Ibadah yang Diajarkan Oleh Rasulullah s.a.w.

             Perbahasan mengenai tajuk ini amat penting dalam memahami masalah-masalah yang dibincangkan sebelum ini dan yang akan dibincangkan selepas ini.

            Dr. Abdul Malik Abdul Rahman As-Sa’adi dalam buku beliau yang diterjemahkan dengan tajuk “Salah Faham Terhadap Bid’ah” berkata:

            Ibadah yang jelas dibawa oleh Rasulullah s.a.w. terbahagi kepada dua bentuk iaitu:

            Pertama: Ibadah yang datang dari Rasulullah s.a.w. tetapi terikat dengan waktu, tempat, bilangan tertentu, cara tertentu atau keadaan tertentu. Maka, ibadah berbentuk sedemikian wajib ditunaikan sepertimana yang dilakukan olehRasulullah s.a.w. tanpa penambahan, perubahan atau pengurangan. Sesiapa yang melakukannya bukan dalam bentuk yang dilakukan oleh Rasulullah s.a.w., maka dia dianggap sebagai pencetus bid’ah.

            Contohnya seperti: Solat fardhu, ibadah haji dan sebagainya.

            Kedua: Ibadah yang diriwayatkan daripada Rasulullah s.a.w., samada dalam bentuk suruhan, panduan, galakan atau pesanan yang tidak terikat dengan bentuk, masa, tempat atau bilangan tertentu dan tidak pula diriwayatkan mengenai larangan melakukannya di waktu-waktu yang tertentu. Jadi, terpulanglah kepada umat Islam untuk memilih masa dan tempat yang sesuai dengan amalan tersebut dan bentuknya, asalkan tidak disandarkan perkara tersebut kepada Rasulullah s.a.w.. Bukuplah sekadar mengamalkannya, bersandarkan keizinan yang diperolehi dari syariat secara am.

            Contohnya seperti: solat sunat mutlak, puasa sunat mutlak, membaca Al-Qur’an, membuat jamuan makan dan sebagainya.

            Kalaulah ada seseorang yang beristiqomah dalam melakukan sesuatu perkara tersebut, pada waktu-waktu tertentu, maka tidaklah dianggap bid’ah. Begitu juga kalau dia membiasakan dirinya dengan membaca mana-mana surah dari Al-Qur’an, pada hari yang tertentu, juga tidak dikira sebagai bid’ah.

Wednesday 21 September 2011

PERSAHABATAN

Assalamualaikum...............................

Sabda Rasulullah yang bermaksud :

“Sebaik baik sahabat di sisi Allah ialah orang yang terbaik terhadap temannya dan sebaik baik jiran di sisi Allah ialah orang yang terbaik terhadap jirannya.” (Hadis riwayat al-Hakim)

Dari Nu’man bin Basyir r.a., Rasulullah SAW bersabda,


“Perumpamaan persaudaraan kaum muslimin dalam cinta dan kasih sayang di antara mereka adalah seumpama satu tubuh. Apabila satu anggota tubuh sakit maka mengakibatkan seluruh tubuh menjadi demam dan tidak bisa tidur.” (Hadis riwayat Muslim)

“Seorang Muslim adalah saudara muslim lainnya, ia tidak menzaliminya, merendahkannya, menyerahkan (kepada musuh) dan tidak menghinakannya.” (Hadis riwayat Muslim)

Pada zaman sekarang ini amat sukar sekali untuk menjadi kawan dan mencari kawan yang mempunyai ciri-ciri yang di terangkan dalam hadis di atas..Kadang-kadang kita sering berkata kena jadi diri sendiri..kata-kata itu kurang aku sokong..kita sepatutnya menjadi seorang yang di anjurkan Islam,memang sukar tapi ia tidak mustahil.

Alhamdulillah........


Allah swt telah men"JODOH"kan kawan-kawan,member-member yang mengambil berat terhadap member lain....Mereka juga berada di sisi aku ketika senang dan susah..Yang paling penting mereka sentiasa memberi nasihat untuk aku berjaya mencari Redha Allah SWT.


Malahan,member yang lebih dikenali sebagai "JUNIOR" or Adik..juga tidak kurang hebatnya..Mereka menjadi Gula,garam,aji dan sebagainya dalam kehidupan ku sebagai seorang "PENUNTUT"..


Memang indah sekali persahabatan ini,memang agak sukar untuk mencari tapi ia tidak mustahil..


Hadis al-Bukhari dari Abu Musa al-Asy'ari, bermaksud:

“Diumpamakan rakan yang soleh dan rakan yang jahat ialah seperti (berkawan) dengan penjual minyak wangi dan tukang besi. Penjual minyak wangi tidak akan mensia-siakan anda, sama ada anda membelinya atau hanya mendapat bau harumannya. Tukang besi pula boleh menyebabkan rumah anda atau baju anda terbakar, atau mendapat bau busuk.”

“Teman yang paling baik adalah apabila kamu melihat wajahnya, kamu teringat akan Allah, mendengar kata-katanya menambahkan ilmu agama, melihat gerak-gerinya teringat mati.”



                                                                             



Tuesday 20 September 2011

HAKIKAT ILMU DAN KELEBIHAN I

Sabda Rasullullah yang bermaksud :

"Menuntut ilmu itu wajib keatas lelaki dan perempuan Islam"


Sebagai Hamba Allah kita wajib melahirkan rasa rela dalam hati melaksanakan segala suruhan-Nya dan meninggalkan Larangan-Nya.Ketahuilah bahawa kita tidak wajib mempelajari segala ilmu tetapi ilmu yang paling wajib kita pelajari adalah ilmu yang berkaitan fardu ain dan fardu kifayah.

Kita juga tiada masalah hendak mempelajari ilmu lain,ini adalah untuk memajukan umat Islam itu sendiri seperti Ulama pada zaman dahulu seperti Ibnu Sina(perubatan),Ibnu Khaldun(Sejarahwan) dan lain-lain lagi.Mereka hafaz al-Quran dari kecil lagi,ilmu tauhid di terapkan dalam diri mereka semasa kecil lagi.


Setiap kita yang berAgama Islam wajib mempelajari ilmu fardu ain dan kifayah untuk mengetahui sesuatu yang boleh meruntuhkan dan merosakkan akhlak kita.Jika kita lihat,ramai di kalangan kita runtuh moral dan akhlak yang bertentangan dengan ajaran Islam.


Dengan Ilmu juga,Allah swt menzahirkan kelebihan Nabi Adan as dengan menunjukkan keistimewaannya kepada para malaikat,Allah swt telah menyuruh malaikat bersujud kepada Nabi Adam as.

Allah SWT telah berfirman dan (surah Kahfi : 50) yang bermaksud :

"Ketika Kami berkata kepada malaikat : sujudlah kamu kepada Adam! Lalu mereka sujud....."

Aku tertarik denga satu syair dari Muhammad bin Al Hasan bin Abdullah..Katanya..

"Belajarlah dan mempelajari ilmu kerana ilmu itu menjadi perhiasaan bagi orang yang memilikinya.Malahan,ia menjadi kelebihan bagi seseorang dan sebagai tanda sifat-sifat yang terpuji yang diterima di sisi Allah SWT dan juga orang lain yang memilikinya.Jadikanlah diri kamu itu orang yang faham dan memperoleh faedah ilmu yang semakin hari bertambah pada setiap hari dan tidak pernah melupakannya walaupun sehari."

bersambung......

Monday 19 September 2011

PERHENTIAN

Alhamdulillah...........................

Cuti beberapa hari ini,aku mengambil kesempatan untuk pulang ke rumah.Untuk melihat nenek ku..kesihatan beliau juga semakin pulih.. ndak lah risau aku...!Aku juga dapat merasa masakan beliau.Wah..sedap betoi..hehehe

 Di kesempatan itu,aku juga dapat melawat sabahat dan tok guru di madrasah,banyak perubahan yang aku dapat lihat di sana..Pembangunan juga semakin maju..Di madrasah juga ada Ustaz baru tapi tiada kesempatan untuk belajar darinya.

Suasana di kampung masih tidak berubah..nyaman dan segar..jauh dari bunyi bising kenderaan..itulah perhentian yang aku minati..Atok juga banyak memberi nasihat tentang kehidupan ini..Semuanya berlalu dengan cepat sekali..

Kata atok "aku nak lihat cucu ku ini berjaya" "bukan dunia tapi akhirat".kata-kata itu menusuk jiwa ku.Perjalanan atok ini dah tak lama lagi.Ini adalah perhentian sahaja.Nenek juga menyuruh memperbanyakkan amalan serta mengamalkan segala ilmu yang di pelajari..

Nasihat yang begitu berharga sekali..Perjalanan aku juga tiada sesiapa yang tahu kecuali Allah SWT..Ya Allah..


Setiap yang bernyawa pasti akan merasai kematian.........

Friday 16 September 2011

PERJALAN MENUJU FINAL EXAM

Assalamualaikum......

Salam sejahtera kepada semua.....

Perjalanan ini begitu singkat sekali,begitu juga dengan masa yang cepat berlalu.Tanpa aku sedari sekarang aku sudah menjadi "Senior" di Kolej Islam Pahang Sultan Ahmad Shah dan sekarang aku berada di tahun 2 sem 4.Penat lelah dan cabaran setiap SEM di lalui tanpa meninggalkan Allah SWT.

 Sekarang aku sedang berjuang untuk siapkan Assigment yang masih bertimbun..hehehehehehe..Semakin hari semakin malas.Tanpa di sedari juga "FINAL EXAM" akan muncul tak lama lagi..bersiapan juga masih rapuh cam lagu OPICK..

Setiap SEM pasti berlaku cam nie..melambatkan membuat kerja dam dalam minggu ini pelbagai aktiviti yang dijalankan..Persiapan untuk temuduga subjek Prinsip Komunikasi pun masih-masih lagi OTW...cam kata arab "fi toriq".Semoga dapat siapkan kerja dlm minggu depan....







Setakat ini sahaja lah..permulaan menulis blog..hehehehe

Thursday 15 September 2011

NuR SaLaM SeNSei

assalamualaikum,kepada sahabat-sahabat