Thursday 22 September 2011

HAKIKAT ILMU DAN KELEBIHAN II

Doa Rasulullah saw yang bermaksud :

"Wahai Tuhanku,tambahilah aku ilmu"

Wahai Para pelajar sekalian marilah kita sentiasa berdoa kepada Allah swt agar sentiasa di tambahlan ilmu di dalam dada kita semua.Marilah kita merenung doa Nabi saw kita,padahal pada Baginda saw mempunyai pelbagai ilmu,kalau hendak di nisbahkan ilmu baginda dengan kita "Ibaratkan seperti setitis air laut sahaja"


Menurut Al Alamah As-Syekh Azzarnuji r.a di dalam kitabnya yang telah diterjemahkan iaitu Pelita Penuntut..
Belajarlah dan tuntutlah ilmu feqah kerana ilmu feqah adalah sebaik-baik ilmu yang mampu memimpin dan menarik kita ke arah segala kebaikan dan ia menimbulkan perasaan rasa takut kepada Allah swt.

Ilmu feqah juga boleh diumpamakan sebuah kota yang mampu menahan dan melepaskan orang yang sedang menuntut dan mempelajarinya daripada segala kesusahan dan bala yang termasuk dalam jumlah orang yang jahil tentang suruhan Allah swt dan Larangan-NYA.Ini kerana kalau kita jahil atau tidak tahu mengenai suruhan dan Larangan Allah swt itu adalah kesusahan dan bala yang paling besar sekali boleh kita umpamakan perkara jahil itu tidak dapat di sembunyikan lagi.


Segala ilmu yang kita pelajari tetapi kita tidak mengamalkannya adalah perbuatan sia-sia.

Allah SWT telah berfirman yang maksudnya :

"Sungguh besar kemurkaan Allah kepada mereka yang menyatakan (ilmu) tapi tidak mengamalkan"
(as-saff : 3)

Kemegahan dan kelebihan ilmu sangat banyak antaranya

Abiil Darda' r.a daripada sabda Rasulullah saw yang bermaksud :

"Sesiapa yang berjalan pada suatu jalan menuntut ilmu,nescaya Allah memperjalankanya pada satu jalan daripada jalan-jalan syurga.Dan sesungguhnya malaikat meletakkan sayap-sayapnya bagi orang yang menuntut ilmu.Dan bahawasanya orang yang berilmu itu meminta ampun baginya oleh mereka yang di dalam tujuh petala langit dan bumi dan ikan di dalam rongga perut air.Dan bahawasanya kelebihan orang yang berilmu atas oarang jahil itu seperti bulan purnama yang penuh di malam hari atas sekalian bintang.Dan sesungguhnya para ulama' itu mewarisi para Nabi,kerana sesungguhnya para Nabi itu tidak mempusakai dinar dan juga dirham dan hanya sesungguhnya mereka mempusakai ilmu.Maka sesiapa yang mengambilnya,maka hanya sesungguhnya dia mengambil habuan yang banyak."




                                                     "Ilmu itu Perhiasan Hidup Kita"


..........................................................................WaAllahu a'lam..................................................................

No comments:

Post a Comment